
Hamster korang sering bergaduh (jantan&betina)???macam mana nak satukan mereka?
Selalunya kes berlaku apabila korang memasukkan hamster baru dlm cage..hamster mengenal sekitarnya dengan bau.ia akan bergaduh dengan hamster lain jika bau hamster tersebut mengancam dirinya.untuk menyatukan hamster korang ,Jom kenali cara-caraya:
- Sediakan satu bekas bersih dan isi sedikit air, anggaran air tersebut paras kaki hamster korang. (Bukan paras kaki korang ok!)
- Ambil hamster jantan dan betina, masukkan ke dalam bekas tersebut. Pastikan bekas tersebut tinggi supaya hamster-hamster tersebut tidak keluar daripada bekas. Biasalah, hamster ni tak suka mandi dengan air. Mereka lebih suka menggolekkan badan mereka pada pasir wangi. (serbuk pasir berperfume).
- Basahkan hamster korang dengan mengambil air dan dijirus kebadan hamster korang. Guna tangan sahaja. Tak perlu guna gayung. (Mati lak nanti hamster korang)
- Disaat ini, bau masing-masing akan hilang dan mereka akan mempunyai bau yang sama.
- Selesai operasi membersihkan mereka, korang bolehlah lap mereka dengan kain kering. Pastikan bedding sangkar telah ditukar dengan bedding baru sebelum anda masukkan semula hamster-hamster tersebut ke dalam snagkar tersebut.
- Masukkan hamster jantan dan betina ke dalam sangkar dan biarkan mereka saling kejar mengejar..alaaa mcm filem Hindustan tu..hehe
Ok that’s all.selamat mencuba..
Sekian :-)
berminat la...how to order?? kalo boleh nk bli yg lengkap dgn cage dye..bole laaa...
ReplyDelete